Questions?


ShoutMix chat widget

Sunday, April 18, 2010

LATIHAN SOALAN ESEI BAB 3 (DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI)

Kepada pelajar-pelajar 404 yang pintar cerdik dan cantik,

sila buat latihan esei seperti dibawah dalam buku latihan.....

soalan 1:
a) Terangkan secara ringkas maksud perkara-perkara yang berikut:-
    i) katalog          (2 markah)
Jawapan: katalog merupakan dokumen / buku bercetak yang mengandungi gambar berwarna-warni (1m) tentang sesuatu barang yang dihantar bersama dengan sebut harga (1m)

    ii) surat tanya    (2 markah)
Jawapan: surat tanya ialah surat yang dihantar oleh bakal pembeli kepada pembekal (1m) untuk mengetahui maklumat-maklumat seperti jenis barang, syarat-syarat jualan, syarat serahan dan bayaran (1m)

b) Nyatakan butir-butir penting yang terdapat dalam sebut harga.  (4 markah)
Jawapan: Jenis dan harga barang (1m)
                 Syarat-syarat diskaun (1m)
                 Syarat-syarat serahan (1m)
                 Syarat-syarat bayaran (1m)

c) Nyatakan empat keadaan yang membolehkan invois proforma digunakan.   (4 markah)
Jawapan: pembekal enggan memberi kredit kepada pembeli (1m)
                penjual membenarkan pembeli menguji barang sebelum membeli (1m)
               menggantikan senarai harga untuk sementara waktu (1m)
               memberitahu pengimport anggaran harga barang yang dipesannya (1m)

d) i) terangkan maksud invois. Nyatakan butir-butir yangboleh didapati di dalam sesuatu invois.  (7 markah)
Jawapan:
- Invois adalah dokumen perniagaan yang digunakan apabila barang dijual secara kredit (1m)
- dikeluarkan oleh pemiutang kepada penghutang (1m)
- bertujuan meunjukkan jumlah hutang serta menuntut bayaran daripada penghutang setelah barang dihantar kepadanya (1m)
- sesuatu invois mengandungi butit-butir seperti maklumat tentang barang, harga, kuantiti, dan tarikh belian (1m)
- juga mencatatkan syarat-syarat bayaran (1m) seperti tempoh kredit, diskaun niaga dan diskaun tunai (1m)
- invois juga mencatatkan syarat-syarat serahan (1m) seperti syarat pengangkutan dibayar ataupun ditanggung sendiri oleh pembeli (1m)
               
    ii) terangkan bagaimana kesilapan-kesilapan di dalam sesuatu invois boleh dibetulkan.           ( 6 markah)
Jawapan:
- kesilapan-kesilapan dalam invois boleh dibetulkan dengan menggunakan nota kredit (1m) dan nota kredit (1m)
- nota kredit dikeluarkan oleh pemiutang kepada penghutang (1m) apabila penghutang dikenakan bayaran yang lebih dalam invois (1m)
- nota kredit ini bertujuan memberitahu penghutang bahawa hutangnya telah dukurangkan (1m)
- nota debit dikeluarkan oleh peniutang kepada penghutang untuk menambahkan jumlah yang dicatatkan dalam invois (1m)
- memberitahu penghutang bahawa akaunnya telah didebitkan, iaitu hutangnya telah bertambah (1m)

Tuesday, April 13, 2010

NOTA BAB 3.....DOWNLOAD ..JANGAN TAK DOWNLOAD...

Hi, kepada pelajar 404 yang dikasihi,

sila download nota yang diberikan dan untuk ulangkaji.... pelajar juga boleh salin balik nota cikgu ke buku nota atau kepada pelajar yang kreatif boleh buat nota sendiri ikut pemahaman pelajar sendiri....ia adalah digalakkan.....matlamat hanya saru.... pelajar dapat faham dan skor AAAAAAAAAAA dalam peperiksaan........ semoga berjaya......

pelajar boleh tinggalkan "message" di chat room sebelah jika mempunyai masalah...cikgu akan balas soalan pelajar apabila cikgu online......kerjasama pelajar amat dihargai.....

daripada cikgu Teoh....