Questions?


ShoutMix chat widget

Saturday, May 15, 2010

BAB 3: KAEDAH JUALAN - BAYARAN TERTUNDA

Soalan esei (kes 1 – bab 3 kaedah jualan)


Kak Esah ialah seorang suri rumah di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai empat orang anak dan suaminya bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta. Taraf hidup di Bandar amat tinggi dan Kak Esah sekeluaga selalu kesempitan wang. Kesemua anaknya juga sedang bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Baru-baru ini Kak Esah telah berbincang dengan suaminya untuk mencari sumber tambahan bagi menambahkan pendapatan mereka. Suaminya bersetuju untuk memberi kak Esah Rm1000 untuk membeli dan menjual kain kepada jiran-jirannya. Dengan cara ini, Kak Esah dapat mencari pendapatan tambahan di masa lapangnya, disamping dapat melawat jiran-jiran sambil berniaga kain.

Sejak awal perniagaannya, Kak Esah tidak dapat menjual dengan banyak kerana semua jualan dibuat secara tunai sedangkan kebanyakkan jiran-jirannya kurang mampu untuk membuat bayaran sekali gus. Suami Kak Esah mencadangkannya supaya memberi kredit kepada jiran-jiran yang dipercayai tetapi kak Esah bimbang akan berlakunya hutang lapuk.



Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:-

a) Terangkan jenis jualan kredit yang boleh Kak Esah tawarkan kepada jiran-jirannya untuk meningkatkan jualannya.
Jawapan : Jualan tertunda/ bayaran tertunda
- urus niaga jual beli barang yang melibatkan nilai barang yang rendah secara ansuran.
- bayaran pertama/ pendahuluan dibuat dan kemudian bayaran secara ansur-ansur setiap bulan.

b) Berikan dua kelebihan dan dua kekurangan jenis jualan kredit tersebut kepada Kak Esah.
Jawapan : kelebihan
- barang boleh dijual dengan leboh banyak
- barang dijual dengan harga lebih tinggi
- tiada unsur riba
- tidak perlu menyediakan surat perjanjian

kelemahan
- risiko hutang lapuk
- barang bukan hak milik penjual dan tidak boleh ditarik balik
- hutang sukar dituntutc) Adakah kain yang dijual oleh Kak Esah sesuai dijual mengikut kaedah jualan yang anda nyatakan dalam (a)? Terangkan ciri-ciri barang yang sesuai dijual dengan kaedah tersebut.
Jawapan :
- Ya, sesuai dijual dengan jualan tertunda
- nilai barang rendah
- barang tidak tahan lama
- barang tidak mendatangkan faedah
- nilai rendah jika ditarik semula


d) Apakah caranya untuk Kak Esah mendapatkan wangnya jika jirannya enggan menjejaskan hutang mereka?
jawapan : dakwa di mahkamah

(25 markah)

No comments:

Post a Comment