Questions?


ShoutMix chat widget

Wednesday, March 2, 2011

BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN - SOALAN ESEI

BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN



SOALAN ESEI (SILA RUJUK HELAIAN YANG TELAH DIBERIKAN)

BAHAGIAN A

SOALAN 1

a)

• Perdagangan ialah semua kegiatan yang membantu mengagihkan barang-barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir

• Pengeluar bererti semua kegiatan yang menghasilkan barang dan perkhidmatan yang mempunyai nilai faedah dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

• Perdagangan adalah sebahagian daripada bidang pengeluaran kerana ia membantu melengkapkan proses pengeluaran

• Barang-barang lebihan yang dikeluarkan tidak dapat memebuhi keperluan dan kehendak pengguna sekiranya barang itu tidak diagihkan kepada pengguna tepat pada masa, harga, kuantiti dan tempat yang sesuai.



b) i)

• Perniagaan melibatkan urusan membeli dan menjual barang dengan tujuan mendapat keuntungan

• Memeudahkan pengeluaran, kerana melalui urus niaga jual beli ini pengeluar dapat memperoleh bahan mentah dan bahan separuh siap yang digunakan sebagai input dalam proses pengeluaran tayar

• Melalui kegiatan perniagaan, barang siap, iaitu tayar dapat diagihkan ke pasaran sama ada dalam negeri dan luar negeri

• Melalui urusan jual beli, pengeluar tayar dapat memastikan hasil keluarannya sampai ke tangan pengguna akhir di tempat dan pada masa, harga dan kuantiti yang sesuai



ii)

• Perkhidmatan bank memudahkan pengeluaran kerana ia membantu membiayai pengeluar dalam bentuk pinjaman bank, overdraf, dan mendiskaunkan bil pertukaran

• Bank juga menyediakan kemudahan pembayaran dan penerimaan wang melalui akaun semasa, pembayaran boleh dilakukan dengan cek, arahan tetap dan debit terus

• Pengeluar boleh mendapatkan pembayaran daripada pengimport dari luar Negara melalui bil perintah bayar dan kredit berdokumen.

iii)

• Perkhidmatan insurans memudahkan pengeluaran kerana ia dapat memberikan perlindungan terhadap risiko kerugian seperti diakibatkan oleh kebakaran, kecurian dan pecah amanah

• Pengeluar dapat menginsuranskan mesin, jentera dan kilang terhadap pelbagai risiko ini

• Dengan membayar sedikit premium, ganti rugi dapat dituntut sekiranya risiko yang diinsuranskan itu berlaku.



iv)

• Pengangkutan memudahkan pengeluaran kerana bahan mentah dapat dibawa ke kilang dan hasil keluaran dapat dihantar ke pasaran dengan segera.

• Pengangkutan darat seperti jalan raya dan rel dapat digunakan untuk membawa masuk bahan mentah. Input dan mengangkut hasil keluaran ke pasaran tempatan dank e pelabuhan untuk dieksport.

• Pengangkutan air seperti kapal kontena dapat digunakan untuk mengeksport hasil keluaran ke luar Negara





Soalan 2



a)

 Perniagaan melibatkan aktiviti jual beli barang dan perkhidmaan untuk mendapat keuntungan

 Aktiviti perniagaan membolehkan proses pemindahan barang daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir dengan mewujudkan pemindahan hak milik terhadap barang

 Perniagaan dianggap sebahagian cabang perdagangan kerana aktiviti perniagaan membolehkan pemindahan barang lebihan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir pada masa, tempat, kuantiti dan harga yang bersesuaian



b) i)

 Bank – membolehkan peniaga menyimpan wang dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap dan akaun semasa dengan selamat

 Bank boleh membantu peniaga mengatasi masalah kekurangan modal pusingan melalui pinjaman dan overdraf



 Insurans – member perlindungan kepada pemilik terhadap risiko-risiko seperti kebakaran, rompakan dan pecah amanah



 dengan membayar sedikit premium, ganti rugi akan dibayar jika sesuatu risiko yang diinsuranskan berlaku



 pergudangan – pemilik memerlukan gudang untuk menyimpan stok dengan selamat – pada masa yang sama, pemilik dapat menikmati bekalan barang yang berterusan



 pemilik juga boleh menjalankan kerja-kerja pemecahan pukal seperti menimbang, membungkus dan melabek barang





ii)

 kebanyakan pengunjung pasar raya besar terdiri daripada para peruncit yang membeli dalam kuantiti yang banyak

 pasar raya besar menjual barang pada harga yang lebih murah daripada peruncit yang lain seperti pasar raya dan peruncit kecil-kecilan kerana membeli barang secara pukal terus daripada para pengeluar





c)

 Bank – menyediakan tempat penyimpanan wang melalui akaun semasa, akaun simpanan tetap dan akaun simpanan dengan selamat

 Menyediakan kemudahan pembayaran yang mudah, selamat dan murah

 Membiayai urusan perniagaan melalui pinjaman dan overdraf

 Pergudangan – dapat menyimpan barang dengan selamat

 Dapat menjalankan kerja-kerja pemecahan pukal seperti menggred, membungkus dan menjenama

 Insurans – member perlindungan terhadap pelbagai risiko seperti kebakaran, kecurian dan kemalangan

 Pemborong dapat mengelakkan atau meminimumkan kerugian melalui bayaran ganti rugi atau pampas an





BAHAGIAN B (KAJIAN KES)



Soalan 3



a) i) perbankan

 membuat pembayaran kepada ejen dan pemborong dengan selamat dengan mengeluarkan cek – maka tidak perlu mengendalikan wang tunai

 encik Sew Ah Ling boleh mengatasi masalah modal pusingan dengan mendapatkan kemudahan overdraf kerana mempunyai akaun semasa

 encik Sew Ah Ling boleh menerima pembayaran daripada pelanggan dengan cek dan memasukkan ke dalam akaun semasa

ii) Komunikasi

 boleh membuat dan menerima pesanan alat ganti dengan cepat dan segera melalui pelbagai jenis alat komunikasi seperti telefon dan telefaks

 tidak perlu menyimpan stok alat ganti dengan banyak kerana boleh menghubungi para pembekal dengan serta-merta – maka masalah modal pusingan yang dihadapi dapat diatasi

 boleh menghubugi bakal pelanggan iaitu pengusaha bengkel kereta dengan telefon/ telefon mudah alih untuk memperkenalkan alat0alat ganti yang diniagakannya – hal ini dapat meningkatkan jualan dan keuntunga.



iii) Insurans

 insurans dapat melindungi perniagaan Puan Sew Ah Lingterhadap pelbagai risiko perniagaan seperti risiko kebakaran dan kecurian

 dengan membayar sedikit premium, Puan Sew Ah Ling akan dibayar ganti rugi jika risiko yang diinsuranskan berlaku

 Puan Sew Ah Ling akan dibawa ke kedudukan asal seperti sebelum berlakunya risiko

 Puan Sew Ah Ling dpat menjalankan dan memperkenalkan perniagaan tanpa perlu risau





b) i) Puan Sew Ah Ling mampu menjalankan perniagaan tanpa bantuan promosi kerana:-

 sasaran pelanggannya adalah para pengusaha bengkel kereta motor – puan Sew Ah Ling mengunjungi mereka secara peribadi dan memperkenalkan alat ganti baru yang ada di pasaran dan beliau juga member penerangna kepada mereka tentang barangannya

 lawatan ke bengkel kereta motor lebih berkesan daripada menjalankan promosi seperti pengiklanan kerana kos pengiklanan tinggi

 contohnya menghasilkan dan mencetak risalah serta mengedarkannya mungkin memerlukan kos yang tinggi dan mungkin tidak sampai kepada sasaran pasarannya, iaitu para pengusaha bengkel kereta motor



ii) Puan Sew Ah Ling mampu menjalankan perniagaan tanpa bantuan pergudangan kerana:-

 membeli stok dalam kuantiti yang kecil – iaitu hanya apabila ada pesanan daripada para pelanggannya dan pesanan boleh diterima dengan segera keranan pembekal berada berdekatan, iaitu Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

 Puan Sew Ah Ling tidak melakukan kerja0kerja pecah pukal seperti membungkus atau melabel

 Alat ganti boleh diperoleh daripada para pembekal sepanjang tahun, maka tidak perlu menyimpan stok yang banyak

 Harga alat ganti adalah stabil kerana permintaan dan penawarannya adalah stabil – maka tidak perlu bantuan gudang untuk menyelaraskan permintaan dan penawaran.


                                                       selamat membaca!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, February 15, 2011

Soalan 2 : Cek

Soalan 2 : a) Terangkan dengan member satu contoh:
i)                    Cek palang am
Jawapan: Cek palang am mempunyai dua garisan selari di permukaan cek tetapi nama bank tidak dinyatakan dalam ruang palang.
·         Cek ini boleh dimasukkan ke dalam akaun mana-mana bank untuk mendapatkan bayaran
·         Contoh cek palang am:-
·         Terdapat 3 bentuk cek palang am : i) Ruang palang tanpa tulisan, ii) ruang palang ditulis perkataan “ & Co”, iii) ruang palang ditulis perkataan “Tak Boleh Niaga”

Monday, January 31, 2011

soalan 1: pengeluaran (Tingkatan 4)

1.       (a) Apakah maksud pengeluaran?
·         Pengeluaran meliputi segala aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan tujuan memenuhi keperluan dan kehendak manusia
·         Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah
·         Nilai faedah terhasil apabila sesuatu barang berubah bentuk, berpindah tempat, berubah masa dan pemilik
·         Sesuatu aktiviti pengeluaran hanya dapat dijalankan apabila ia melibatkan empat factor pengeluaran isitu tanah, buruh, modal dan usahawan


(b) i) Terangkan pengeluaran langsung dan peneluaran tidak langsung.
·         Pengeluaran langsung
Ø  Pengeluaran langsung bermaksud manusia memuaskan segala keperluan dan kehendaknya melalui usaha sendiri tanpa bantuan pihak luar
Ø  Contohnya: membuat pakaian, menanam sayur-sayuran, menangkap ikan dan sebagainya dilakukan oleh individu sendiri untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga.
·         Pengeluaran tidak langsung
Ø  Pengeluaran tidak langsung bermaksud manusia memuaskan keperluan dan kehendak masing-masing dengan  saling bantu membantu atau bergantung kepada pihak lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Ø  Contoh: seseorang nelayan hanya menangkap ikan sementara seorang petani hanya menanam sayur-sayuran. Melalui urus niaga perniagaan mereka bertukar-tukar keluaran untuk memenuhi keperluan masing-masing.

ii) Mengapakah pengeluaran tidak langsung dikatakan lebih baik berbanding        pengeluaran langsung?
·         Pengkhususan dan pembahagian kerja boleh diamalkan.
·         Hasil pengeluaran bertambah kerana pengkhususan kerja dapat meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa
·         Kos pengeluaran dikurangkan
·         Keluaran lebihan dapat ditukar-tukar dengan barang lain dan membawa kepada aktiviti perniagaan
·         Barang dapat diagihkan dari satu tempat ke tempat lain melalui aktiviti perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak orang lain.

Soalan 1: Perbezaan sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam.(Ting: 5)

Soalan 1: Terangkan perbezaan antara sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam .                                                                                                                                                  (12 markah)
Perbezaan antara sistem perbankan konvensional dengan sistem perbankan Islam ialah:

Sistem Perbankan Konvensional
Sistem perbankan Islam
1.       Dasar perniagaan
·         Berlandaskan pemberian faedah (riba) dalam hamper semua transaksi, baik dalam pinjaman , overdraf, pajakan, sewa beli, simpanan dan kad kredit.
1.       Dasar perniagaan
·         Mengharamkan pemberian faedah atau riba
·         Mengikut prinsip dan syariah islam serta mengamalkan konsep perkongsian untung dan rugi bersama
2.       Peraturan dan undang-undang
·         Menjalankan urusannya mengikut Akta Perbankan dan Institusi kewangan 1989.
2.       Peraturan dan undang-undang
·         Menjalankan urusan mengikut Akta Perbankan 1983.
·         Akta ini member kuasa kepada bank Negara Malaysia untuk mengawal selia dan memantau urusan perbankan islam supaya tidak bertentangan dengan syariah Islam.
3.       Pelaburan
·         Member kebebasan melakukan pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan dan tidak bercanggah dengan undang-undang
3.       Pelaburan
·         Semua pelaburan adalah bebas dariunsur ketidakpastian (gharar). Setiap pelaburan adalah mengikut hokum islam dan dipastikan tidak terlibat dalam aktiviti yang telah diharamkan seperti perjudian, spekulasi, jualan minuman keras, makanan tiak halal, dan sebagainya.
4.       Penasihat
·         Terdiri daripada mereka yang pakar dalam urusan perbankan sahaja bagi memastikan bank mencapai keuntungan maksimum
4.       Penasihat
·         Terdiri daripada ulama, ahli akademik, dan pakar perbankan Islam. Mereka merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah Sepusat yang ditubuhkan untuk mengawal selia dan memastikan perjalanan operasi institusi perbankan Islam adalah konsisten serta sentiasa mengikut hokum syarak.

Tuesday, January 18, 2011

BAB 7 : KONSUMERISME

KONSUMERISME


BAB 6 : PERANAN KERAJAAN

PERANAN KERAJAAN

BAB 5 : PROMOSI

PROMOSI

BAB 4 : PERGUDANGAN

PERGUDANGAN


BAB 3 : KOMUNIKASI

KOMUNIKASI

BAB 2 : INSURANS

INSURANS


BAB 1: PERBANKAN & INSTITUSI KEWANGAN LAIN

PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN


BAB 7 : PELABURAN

BAB 7 : PELABURAN


BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN

BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN



BAB 5 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

BAB 5 : INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA



BAB 4 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA

BAB 4 : Perniagaan Antarabangsa.



BAB 3 : PERNIAGAAN DALAM NEGERI

BAB 3 : Perniagaan Dalam Negeri


BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN

BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN

BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN