Questions?


ShoutMix chat widget

Monday, January 31, 2011

soalan 1: pengeluaran (Tingkatan 4)

1.       (a) Apakah maksud pengeluaran?
·         Pengeluaran meliputi segala aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan tujuan memenuhi keperluan dan kehendak manusia
·         Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah
·         Nilai faedah terhasil apabila sesuatu barang berubah bentuk, berpindah tempat, berubah masa dan pemilik
·         Sesuatu aktiviti pengeluaran hanya dapat dijalankan apabila ia melibatkan empat factor pengeluaran isitu tanah, buruh, modal dan usahawan


(b) i) Terangkan pengeluaran langsung dan peneluaran tidak langsung.
·         Pengeluaran langsung
Ø  Pengeluaran langsung bermaksud manusia memuaskan segala keperluan dan kehendaknya melalui usaha sendiri tanpa bantuan pihak luar
Ø  Contohnya: membuat pakaian, menanam sayur-sayuran, menangkap ikan dan sebagainya dilakukan oleh individu sendiri untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga.
·         Pengeluaran tidak langsung
Ø  Pengeluaran tidak langsung bermaksud manusia memuaskan keperluan dan kehendak masing-masing dengan  saling bantu membantu atau bergantung kepada pihak lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Ø  Contoh: seseorang nelayan hanya menangkap ikan sementara seorang petani hanya menanam sayur-sayuran. Melalui urus niaga perniagaan mereka bertukar-tukar keluaran untuk memenuhi keperluan masing-masing.

ii) Mengapakah pengeluaran tidak langsung dikatakan lebih baik berbanding        pengeluaran langsung?
·         Pengkhususan dan pembahagian kerja boleh diamalkan.
·         Hasil pengeluaran bertambah kerana pengkhususan kerja dapat meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa
·         Kos pengeluaran dikurangkan
·         Keluaran lebihan dapat ditukar-tukar dengan barang lain dan membawa kepada aktiviti perniagaan
·         Barang dapat diagihkan dari satu tempat ke tempat lain melalui aktiviti perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak orang lain.

No comments:

Post a Comment