1. (a) Apakah maksud pengeluaran?
· Pengeluaran meliputi segala aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan tujuan memenuhi keperluan dan kehendak manusia
· Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah
· Nilai faedah terhasil apabila sesuatu barang berubah bentuk, berpindah tempat, berubah masa dan pemilik
· Sesuatu aktiviti pengeluaran hanya dapat dijalankan apabila ia melibatkan empat factor pengeluaran isitu tanah, buruh, modal dan usahawan
(b) i) Terangkan pengeluaran langsung dan peneluaran tidak langsung.
· Pengeluaran langsung
Ø Pengeluaran langsung bermaksud manusia memuaskan segala keperluan dan kehendaknya melalui usaha sendiri tanpa bantuan pihak luar
Ø Contohnya: membuat pakaian, menanam sayur-sayuran, menangkap ikan dan sebagainya dilakukan oleh individu sendiri untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga.
· Pengeluaran tidak langsung
Ø Pengeluaran tidak langsung bermaksud manusia memuaskan keperluan dan kehendak masing-masing dengan saling bantu membantu atau bergantung kepada pihak lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Ø Contoh: seseorang nelayan hanya menangkap ikan sementara seorang petani hanya menanam sayur-sayuran. Melalui urus niaga perniagaan mereka bertukar-tukar keluaran untuk memenuhi keperluan masing-masing.
ii) Mengapakah pengeluaran tidak langsung dikatakan lebih baik berbanding pengeluaran langsung?
· Pengkhususan dan pembahagian kerja boleh diamalkan.
· Hasil pengeluaran bertambah kerana pengkhususan kerja dapat meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa
· Kos pengeluaran dikurangkan
· Keluaran lebihan dapat ditukar-tukar dengan barang lain dan membawa kepada aktiviti perniagaan
· Barang dapat diagihkan dari satu tempat ke tempat lain melalui aktiviti perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak orang lain.