Questions?


ShoutMix chat widget

Monday, January 31, 2011

Soalan 1: Perbezaan sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam.(Ting: 5)

Soalan 1: Terangkan perbezaan antara sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam .                                                                                                                                                  (12 markah)
Perbezaan antara sistem perbankan konvensional dengan sistem perbankan Islam ialah:

Sistem Perbankan Konvensional
Sistem perbankan Islam
1.       Dasar perniagaan
·         Berlandaskan pemberian faedah (riba) dalam hamper semua transaksi, baik dalam pinjaman , overdraf, pajakan, sewa beli, simpanan dan kad kredit.
1.       Dasar perniagaan
·         Mengharamkan pemberian faedah atau riba
·         Mengikut prinsip dan syariah islam serta mengamalkan konsep perkongsian untung dan rugi bersama
2.       Peraturan dan undang-undang
·         Menjalankan urusannya mengikut Akta Perbankan dan Institusi kewangan 1989.
2.       Peraturan dan undang-undang
·         Menjalankan urusan mengikut Akta Perbankan 1983.
·         Akta ini member kuasa kepada bank Negara Malaysia untuk mengawal selia dan memantau urusan perbankan islam supaya tidak bertentangan dengan syariah Islam.
3.       Pelaburan
·         Member kebebasan melakukan pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan dan tidak bercanggah dengan undang-undang
3.       Pelaburan
·         Semua pelaburan adalah bebas dariunsur ketidakpastian (gharar). Setiap pelaburan adalah mengikut hokum islam dan dipastikan tidak terlibat dalam aktiviti yang telah diharamkan seperti perjudian, spekulasi, jualan minuman keras, makanan tiak halal, dan sebagainya.
4.       Penasihat
·         Terdiri daripada mereka yang pakar dalam urusan perbankan sahaja bagi memastikan bank mencapai keuntungan maksimum
4.       Penasihat
·         Terdiri daripada ulama, ahli akademik, dan pakar perbankan Islam. Mereka merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah Sepusat yang ditubuhkan untuk mengawal selia dan memastikan perjalanan operasi institusi perbankan Islam adalah konsisten serta sentiasa mengikut hokum syarak.

4 comments:

  1. hamna jamian : buku perdagangan form5

    ReplyDelete
  2. contoh bgi dasar perdagangan,pelaburan,penasihat, dan peraturan dan undang-undang untuk dua2 perbankan ni ape ye?

    ReplyDelete
  3. contoh bgi dasar perdagangan,pelaburan,penasihat, dan peraturan dan undang-undang untuk dua2 perbankan ni ape ye?

    ReplyDelete